Wednesday, 3 May 2017

Apa itu Teknologi Pendidikan?


Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani  iaitu ‘techne’ yang bermaksud kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga adanya satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Teknologi bukanlah semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapau sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula bertindak sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan. Naim Haji Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu pendekatan atau perkaedahan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungis pengurusan (oragnisasi dan individu), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber (mesej, bahan, alat, teknik) dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia.

Yusuf Hashim (1997) mengatakan bahawa teknologi pendidikan adalah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan untuk meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) berpendapat bahawa teknologi pendidikan adalah satu bidang yang terlibat dalam kemudahan menyediakan pembelajaran untuk manusia menerusi pengenalpastian, penyusunan, penggunaan dan pengurusan sumber yang sedia wujud, pengurusan proses dan manusia yang terlibat melakukannya.

Teknologi pendidikan pada awal tahun 1920 dipandang sebagai media. Pandangan teknologi pendidikan sebagai media adalah kerana ia pertama kali media digunakan dalam pendidikan. Media dalam pendidikan pada masa itu digunakan untuk menampilkan sebuah pembelajaran visual dalam bentuk gambar. Padangan teknologi pendidikan sebagai media berlanjutan sehingga tahun 1950. Pada tahun 1960, teknologi pendidikan menjadi salah satu kajian yang menjadi perhatian dalam kalangan ahli pendidikan. Perkembangan ini adalah merupakan lanjutan daripada perkembangan kajian mengenai penggunaan audio, visual dan program pembelajaran dalam penyelenggaraan pendidikan. Pada tahun 1977, teknologi pendidikan adalah proses komples yang terintergrasi merangkan manusia, prosedur, gagasan, saranan dan organisasi untuk menganalisis masalah dan merancang, melaksanakan, menilai dan mengelola masalah dalam aspek pembelajaran manusia.


Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi pendidikan adalah merupakan satu cara yang sistematik dalam mencorak, melaksanakan dan menghalusi proses keseluruhan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk tujuan pembelajaran yang spesifik, berdasarkan kepada penelitian dalam teori belajar dan komunikasi pada manusia dan menggunakan kombinasi sumber-sumber belajar dari manusia mahupun bukan manusia untuk menjadikan pembelajaran lebih efektif.  Selaijn itu, bidang ini juga meliputi aktiviti seperti mengenalpasti sumber pendidikan dan sumber manusia untuk pengajaran dan pembelajaran, membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan Teknologi Pendidikan

Teknologi pendidikan merupakan salah satu medium untuk membantu dalam pengajaran. Ia tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk membantu guru mengajar sesuatu tajuk dengan lebih berkesan. Menurut Tengku Azzman (1989), terdapat 3 sebab utama komputer digunakan dalam pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang boleh didapati daripada komputer. Kedua, kemampuan komputer dalam menyimpan dan mengutip segala maklumat serta pengetahuan yang hanya boleh dikelolakan dengan baik oleh komputer. Ketiga, maklumat dan pengetahuan menjadi salah satu kunci untuk pencarian maklumat dalam kehidupan manusia terutama kepada diri pelajar sendiri.

Komputer membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar yang terkini mampu untuk meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Bukan itu sahaja, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu untuk membantu menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan teknologi pendidikan juga adalah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif serta mampu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada kuliah sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam teknologi. Penggunaan internet dan kemahiran mengunakannya membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat dan efisien tanpa perlu menunggu masa yang lama.

Bukan itu sahaja, kepentingan teknologi pendidikan adalah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang terdiri daripada pelbagai keupayaan. Semua pelajar yang berada di dalam satu kelas adalah terdiri daripada pelajar yang pelbagai. Setiap daripada pelajar tersebut mempunyai kebolehan dan keistimewaan masing-masing. Penggunaan  teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu untuk membantu murid-murid memahami perkara yang diajar oleh guru dengan lebih jelas.


Kepentingan lain teknologi pendidikan juga adalah melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, menjimatkan masa, tenaga dan kos, mengekalkan minat dan perhatian pelajar, mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadapa konsep yang diajar, memberikan gambaran yang menyeluruh dan jelas, membantu pelajar mendapatkan kesan pembelajaran yang optimum, melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan pelajar serta meluaskan pengalaman pelajar.


Langkah untuk Memastikan Minat terhadap Teknologi Pendidikan Dapat Ditingkatkan

Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu adalah sumber teknologi yang mampu memberikan kemungkinan munculnya pelbagai penemuan, reka cipta dan idea-idea baru. Hal ini demikian kerana teknologi muncul daripada pelbagai medium yang menunjukkan bahawa teknologi yang canggih menjadi pendorong kepada manusia untuk mengembangkan ilmu teknologi dengan lebih maju.

Langkah pertama yang boleh dilakukan untuk menggalakkan minat kepada Teknologi Pendidikan adalah melalui pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran perlulah diselang-selikan dengan elemen-elemen yang menghiburkan agar dapat menarik minat pelajar. Ini dapat diperoleh melalui aplikasi multimedia pendidikan yang menggunakan pendekatan berhibur sambil belajar. Pembelajaran berbentuk penerokaan misalnya mampu meransang pemikiran pelajar dalam proses pencarian maklumat atau penyelesaian masalah. Hal ini secara tidak langsung membolehkan sesuatu ilmu pengetahuan yang baru boleh dipindahkan semasa pelajar berhibur serta menjadikan proses belajar sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan lagi dianggap sebagi sesuatu yang membosankan.

Langkah kedua adalah guru boleh mengambil langkah dengan memberikan tugasan mengenai sesuatu topik yang memerlukan pelajar menggunakan teknologi yang sesuai. Oleh itu, dalam memastikan keberhasilan penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar, guru perlu memberi penerangan tentang cara melaksanakan tugasan dan melakukannya seperti yang dikehendaki. Penerangan yang jelas dan berkesan dapat membantu pelajar untuk lebih bersemangat dalam melaksanakan seusuatu tugasan. Ruang perbincangan seperti melalui blog dan seumpamanya mampu untuk membolehkan pelajar berkongis maklumat dan mengenali lebih ramai rakan untuk membantu mereka dalam mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeronokkan. Keadaan ini secara tidak langsung menarik minat pelajar dalam menggunakan teknologi secara konsisten.

Langkah ketiga adalah penggunaan teknologi tersebut mestilah bersesuaian dengan tahap pelajar agar ia boleh memudahkan dan meningkatkan lagi kefahaman mereka. Apabila pelajar berasa tidak terlalu terbeban dengan penggunaan teknologi, mereka akan lebih memahami  dan minat untuk belajar mengenai teknologi akan muncul tanpa sebarang paksaan.

Langkah keempat adalah dengan menjadikan Teknologi Pendidikan sebagai subjek ataupun kursus yang perlu diambil dan ia hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa supaya dapat mengikut arus perkembangan teknologi terkini. Hal ini demikian kerana bidang teknologi ini merupakan suatu bidang yang cepat berkembang jika dibangdingkan dengan bidang yang lain. Oleh itu, perubahan dalam sukatan pelajaran atau dalam kursus memberikan bentuk yang baru kepada bidang teknologi pendidikan.


Langkah kelima yang boleh dilakukan untuk meningkatkan minat terhadap Teknologi Pendidikan adalah melalui galakan dan sokongan daripada semua pihak selain daripada guru. Ibu bapa pula boleh mendedahkan anak mereka dengan melihat pameran mengenai teknologi terkini seperti ipad, tab dan gajet-gajet lain. Maklumat yang bermanfaat serta berfaedah juga boleh dikongsikan bersama-sama dengan anak-anak. Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah membuka peluang kepada pelajar untuk mencipta dan meluahkan kreativiti serta inovasi pelajar dengan mengadakan pertandingan sama ada di peringkat sekolah ataupun universiti mengenai teknologi supaya dapat menarik dan menggalakkan pelajar untuk lebih mempelajari dan mendalami teknologi.

Teknologi dalam Pendidikan Khas

Pengenalan
Perkembangan dan penggunaan teknologi dalam pendidikan khususnya bukan lagi merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan teknologi menjanjikan potensi besar terutama dalam pendidikan iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Pendidikan  Khas juga tidak terkecuali daripada tempias perkembangan teknologi yang mana ia banyak memberi kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah Pendidikan Khas. Analisis Pendidikan Khas merujuk kepada kegiatan yang menjelaskan unsure-unsur dalam Pendidikan Khas, termasuklah peristilahan, doktrin atau ajaran. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan oleh guru dalam mendidik pelajar khas. Hal ini demikian kerana pendekatan penerimaan pembelajaran mereka amat berbeza dengan pelajar biasa. Menurut Effendi Zakaria (2004), pelajar khas ini, menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual ruang. Mereka menghadapi masalah berkaitan dengan pengiraan, bahasa dan sebagaimya. Oleh itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian berbanding pelajar khas merupakan satu idea yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu, kerana teknologi memerlukan pelajar menguasai dan berkemahiran dalam menggunakannya.

Oleh itu, tahap pelajar khas yang sederhana dalam pencapaian akademik dibimbangi akan menyebabkan mereka takut dan tidak berminat menguasai teknologi. Ini akan menjadi satu kerugian jika teknologi tidak diaplikasi dalam pendidikan kerana banyak kelebihan boleh digunakan melaluinya. Berdasarkan kepada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd Arif Hj Ismail dan Norsiati Razali @ Mohd Ghazali (2003) ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan, Pahang didapati bahawa penggunaan makmal computer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Oleh itu, tahap penggunaan computer di Sekolah Pendidikan Khas menjadi persoalan yang boleh dikaji, ekoran daripada kajian yang telah dijalankan di sekolah bestari kerana perlaksanaan di kedua-dua sekolah adalah berbeza.

Pendidikan Khas
Pendidikan Khas dikelaskan kepada mereka yang mengalami kecatatan seperti cacat penglihatan (buta), cacat penglihatan (pekak) dan lain-lain. Falsafah Pendidikan Khas menegaskan mengenai kepentingan setiap orang kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu-individu. Oleh itu, pendekatan pembelajaran bagi setiap pelajar Pendidikan Khas adalah berbeza-beza dan mengikut kesesuaian mereka.

Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional
Terdapat dua jenis kategori sekolah di bawah Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional, iaitu Sekolah Khas dan Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi. Program integrasi (pelajar-pelajar menyesuaikan diri ke dalam sistem persekolahan yang tidak menyediakan ruang dan kemudahan untuk pengubahsuaian) dijalankan dengan kerjasama Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah harian di mana sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi. Terdapat enam buah sekolah di bawah kategori sekolah ini, iaitu Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Bharu, Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor, Sekolah Menengah Vokasioanal Bagan Serai, Perak, Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan dan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indra Pura Kulai , Johor dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam pula merupakan contoh Sekolah Khas.

Pelajar Cacat Pendengaran (Pekak)
Kajian yang dijalankan adalah melibatkan pelajar cacat pendengaran dari aliran teknik dan vokasional sekolah Pendidikan Khas. Berdasarkan kepada pernyataan Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) bahawa kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai pendengaran separa. Pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam kategori masalah pendengaran telah menggunakan Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran di mana murid-murid ini dilatih daripada segi pertuturan dan belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid-murid  biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh Bahasa Isyarat. Program ini disediakan di dua tempat iaitu di sekolah khas dan juga di sekolah biasa (Program integrasi).

Pelajar Cacat Penglihatan (Buta)
Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan Pendidikan Khas kerana masalah penglihatan. Keadah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecatatan kepada keupayaan emreka. Salah satu kaedah pengajaran yang digunakan adalah dengan menggunakan mesin Braille dan kod tulisan Braile. Bagi pelajar yang rabun pula, adalah lebih sesuai menggunakan kanta ataupun diberikan lembaran kertas kerja yang tulisannya bersaiz besar.


Oleh itu, dapat dirumuskan di sini bahawa strategi pengajaran merupakan antara faktor dalam menentukan kecemerlangan pelajar Pendidikan Khas kerana peranan guru Pendidikan Khas adalah amat penting dalam menentukan keberkesanan penggunaan komputer. Pendedahan yang berterusan kea rah membudayakan penggunaan komputer mampu memberi kelebihan kepada pelajar Pendidikan Khas dalam bersaing dengan pelajar biasa. Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada pelajar Pendidikan Khas tidak ketinggalan daripada menggunakan teknologi dalam pendidikan memandangkan perkembangannya adalah terlalu pesat. Oleh sebab itu, peranan pihak sekolah adalah amat penting dalam menyediakan kemudahan komputer di sekolah. Cadangan yang boleh diutarakan kepada guru adalah guru sepatutnya peka terhadap perkembangan teknologi kini dengan menyertai kursus tentang penggunaan komputer agar dapat mempelbagaikan teknik pengajaran.

Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Pendidikan Khas

Teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia di samping membantu Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran berteraskan komputer telah dikenalpasti sebagai satu bahan yang dapat membantu guru dan pelajar terutama dalam Pendidikan Khas. Jaringan teknologi yang luas sekarang tidak membataskan penggunaannya sama ada di peringkat umur sama ada muda atau tua, guru atau pelajar mahupun pelajar-pelajar berkeperluan khas. Oleh itu, dengam adanya kemudahan teknologi pada hari ini ia mampu meningkatkan lagi kefahaman dna penguasan pelajar-pelajar terhadap sesuatu pengajaran terutamanya pelajar-pelajar Pendidikan Khas yang memerlukan peralatan khas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, maka secara tidak langsung hal ini telah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Bukan itu sahaja, teknologi dalam Pendidikan Khas juga mempunyai beberapa kelebihan, salah satu daripadanya adalah dapat memberi peluang yang sama kepada semua pelajar khas yang mempunyai pelbagai keupayaan untuk meneroka ilmu pengetahuan mengikut keupayaan masing-masing.

Teknologi dalam Pendidikan Khas juga mampu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Pelajar-pelajar khas in juga seperti kanak-kanak lain, menginginkan sesuatu yang menyeronokkan dalam pembelajaran. Maka, pembelajaran berbantukan komputer amat sesuai dipraktikkan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Mereka dapat mengakses maklumat dengan cepat dan ianya dapat dilakukan secara individu.

Kepentingan lain teknologi dalam Pendidikan Khas adalah membantu meningkatkan motivasi murid, menggalakkan pembelajaran secara kendiri, membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi, membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan, membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, meningkatkan daya imaginasi murid, memberi murid pengalaman baru mengenai sesuatu perkara dan memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.