Teknologi
memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia di samping membantu
Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju. Oleh
itu, pengajaran dan pembelajaran berteraskan komputer telah dikenalpasti
sebagai satu bahan yang dapat membantu guru dan pelajar terutama dalam
Pendidikan Khas. Jaringan teknologi yang luas sekarang tidak membataskan
penggunaannya sama ada di peringkat umur sama ada muda atau tua, guru atau
pelajar mahupun pelajar-pelajar berkeperluan khas. Oleh itu, dengam adanya
kemudahan teknologi pada hari ini ia mampu meningkatkan lagi kefahaman dna
penguasan pelajar-pelajar terhadap sesuatu pengajaran terutamanya
pelajar-pelajar Pendidikan Khas yang memerlukan peralatan khas dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, maka secara tidak langsung hal ini telah
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Bukan
itu sahaja, teknologi dalam Pendidikan Khas juga mempunyai beberapa kelebihan,
salah satu daripadanya adalah dapat memberi peluang yang sama kepada semua
pelajar khas yang mempunyai pelbagai keupayaan untuk meneroka ilmu pengetahuan
mengikut keupayaan masing-masing.
Teknologi
dalam Pendidikan Khas juga mampu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan mencabar. Pelajar-pelajar khas in juga seperti kanak-kanak lain,
menginginkan sesuatu yang menyeronokkan dalam pembelajaran. Maka, pembelajaran
berbantukan komputer amat sesuai dipraktikkan agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pengajaran
dan pembelajaran menggunakan komputer juga memberi peluang kepada
pelajar-pelajar berkeperluan khas belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimum. Mereka dapat mengakses maklumat dengan cepat dan ianya dapat dilakukan
secara individu.
Kepentingan
lain teknologi dalam Pendidikan Khas adalah membantu meningkatkan motivasi
murid, menggalakkan pembelajaran secara kendiri, membolehkan murid mengakses
maklumat yang sukar diperolehi, membolehkan murid mengumpul maklumat yang
diperlukan, membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar,
meningkatkan daya imaginasi murid, memberi murid pengalaman baru mengenai
sesuatu perkara dan memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum.
terima kasih atas perkongsian..
ReplyDeletekemas dan tersusun. blog yang menarik. terima kasih atas perkongsian.
ReplyDelete