Ilmu
pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan
antara satu sama lain. Ilmu adalah sumber teknologi yang mampu memberikan
kemungkinan munculnya pelbagai penemuan, reka cipta dan idea-idea baru. Hal ini
demikian kerana teknologi muncul daripada pelbagai medium yang menunjukkan
bahawa teknologi yang canggih menjadi pendorong kepada manusia untuk
mengembangkan ilmu teknologi dengan lebih maju.
Langkah
pertama yang boleh dilakukan untuk menggalakkan minat kepada Teknologi Pendidikan
adalah melalui pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran
dan pembelajaran perlulah diselang-selikan dengan elemen-elemen yang
menghiburkan agar dapat menarik minat pelajar. Ini dapat diperoleh melalui
aplikasi multimedia pendidikan yang menggunakan pendekatan berhibur sambil
belajar. Pembelajaran berbentuk penerokaan misalnya mampu meransang pemikiran
pelajar dalam proses pencarian maklumat atau penyelesaian masalah. Hal ini
secara tidak langsung membolehkan sesuatu ilmu pengetahuan yang baru boleh
dipindahkan semasa pelajar berhibur serta menjadikan proses belajar sebagai
sesuatu yang menyeronokkan dan bukan lagi dianggap sebagi sesuatu yang
membosankan.
Langkah
kedua adalah guru boleh mengambil langkah dengan memberikan tugasan mengenai
sesuatu topik yang memerlukan pelajar menggunakan teknologi yang sesuai. Oleh
itu, dalam memastikan keberhasilan penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar,
guru perlu memberi penerangan tentang cara melaksanakan tugasan dan
melakukannya seperti yang dikehendaki. Penerangan yang jelas dan berkesan dapat
membantu pelajar untuk lebih bersemangat dalam melaksanakan seusuatu tugasan.
Ruang perbincangan seperti melalui blog dan seumpamanya mampu untuk membolehkan
pelajar berkongis maklumat dan mengenali lebih ramai rakan untuk membantu
mereka dalam mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeronokkan. Keadaan ini
secara tidak langsung menarik minat pelajar dalam menggunakan teknologi secara
konsisten.
Langkah
ketiga adalah penggunaan teknologi tersebut mestilah bersesuaian dengan tahap
pelajar agar ia boleh memudahkan dan meningkatkan lagi kefahaman mereka.
Apabila pelajar berasa tidak terlalu terbeban dengan penggunaan teknologi,
mereka akan lebih memahami dan minat
untuk belajar mengenai teknologi akan muncul tanpa sebarang paksaan.
Langkah
keempat adalah dengan menjadikan Teknologi Pendidikan sebagai subjek ataupun
kursus yang perlu diambil dan ia hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa
supaya dapat mengikut arus perkembangan teknologi terkini. Hal ini demikian
kerana bidang teknologi ini merupakan suatu bidang yang cepat berkembang jika
dibangdingkan dengan bidang yang lain. Oleh itu, perubahan dalam sukatan
pelajaran atau dalam kursus memberikan bentuk yang baru kepada bidang teknologi
pendidikan.
Langkah
kelima yang boleh dilakukan untuk meningkatkan minat terhadap Teknologi
Pendidikan adalah melalui galakan dan sokongan daripada semua pihak selain
daripada guru. Ibu bapa pula boleh mendedahkan anak mereka dengan melihat
pameran mengenai teknologi terkini seperti ipad, tab dan gajet-gajet lain.
Maklumat yang bermanfaat serta berfaedah juga boleh dikongsikan bersama-sama
dengan anak-anak. Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah membuka peluang
kepada pelajar untuk mencipta dan meluahkan kreativiti serta inovasi pelajar
dengan mengadakan pertandingan sama ada di peringkat sekolah ataupun universiti
mengenai teknologi supaya dapat menarik dan menggalakkan pelajar untuk lebih
mempelajari dan mendalami teknologi.
No comments:
Post a Comment