10 Pisc Inovasi

1.Portable note-taking devices

Portable note-taking devices menyediakan cara yang berkesan untuk merakam idea-idea nota di dalam bilik darjah untuk menyiapkan tugasan dan menunjukkan kreativiti seseorang individu dalam penulisan. Portable note-taking devices menggunakan masa yang lebih untuk menulis dan tumpuan yang rendah untuk mengendalikan alat ini. contohnya, papan kekunci  AlphaSmart 3000 mengandungi sistem operasi yang mudah : apabila ingin menulis, hidupkannya, mula menulis dan matikan apabila selesai menulis. Maklumat yang ditaip akan disimpan secara automatik dalam salah satu daripada lapan fail yang berasingan yang mengandungi 100 teks muka surat. AlphaSmart 3000 membenarkan pengguna untuk menyalin, memotong dan menampal ayat di antara fail yang terdapat di dalamnya. Selain itu, ia juga mempunyai 70000 perkataan untuk memeriksa ejaan. Portable note-taking devices ini boleh digunakan kepada individu yang mengalami masalah pembelajaran dalam penulisan. 




2.    QALAMIY


QALAMIY merupakan alat untuk membantu kanak-kanak atau individu yang mengalami masalah dalam memegang pensil. QALAMIY ini disediakan dalam pelbagai saiz mengikut kesesuaian jari kanak-kanak. Ia juga sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang mengalami disgrafia iaitu kesukaran dalam menulis.



3. Braille Sense Plus



Alat ini direka khas untuk golongan orang kurang upaya penglihatan. Ia merupakan sejenis alat yang menggunakan papan kekunci Braille. Alat ini sangat membantu golongan OKU penglihatan kerana penggunaan papan kekunci Braille yang sememangnya direka khas untuk membantu memudahkan mereka belajar atau bekerja. Keistimewaan alat ini adalah mampu untuk menterjemah tulisan Braille kepada tulisan biasa.  Saiznya adalah kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Fungsinya yang lain selain daripada untuk membuat nota adalah bertindak sebagai word processor, web browser, schedule manager dan media player. Bukan itu sahaja, alat ini juga membenarkan penggunanya menghantar emel kepada orang lain melalui rangkaian internet dan boleh dihubungkan kepada komputer dengan menggunakan USB dan Bluetooth. Perisian lain juga seperti audio turut disertakan bersama-sama alat ini seperti MP3 dan MP4 yang dilengkapi dengan kesan bunyi serta kesan 3D di samping membolehkan pengguna menggunakannya untuk merakam suara. Alat ini tidak terdapat di Malaysia. Ia hanya boleh didapati di negara-negara maju seperti jepun, Perancis, German dan lain-lain. 


4.  B&D Messenger 



B&D Mesenger direka khas bagi orang kurang upaya yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran. Saiznya yang kecil, ringan dan juga murah mampu untuk memberi kesenangan kepada penggunanya. Fungsinya adalah untuk memudahkan mereka berkomunikasi diantara satu sama lain. B&D Messenger ini terdiri daripada LCD, papan kekunci standard numerik dan papan panel huruf Braille. Bagi individu bermasalah penglihatan, butang Braille yang direka khas boleh digunakan untuk menulis mesej manakala untuk membaca mesej pula mereka boleh memilih sama ada ingin membaca mesej tersebut dalam Braille ataupun  ingin diterjemahkan ke dalam bentuk pertuturan. Jika ingin menggunakana alat ini, ia perlu dihubungkan ke sebuah komputer di mana ia akan membantu menterjemahkan tulisan Braille kepada tulisan biasa ataupun sebaliknya kerana ia adalah bergantung kepada keperluan individu tersebut.


5. Voice Stick



Alat ini mempunyai bentuk yang kecil menjadikannya ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Fungsinya adalah untuk membaca teks dengan kuat. Teknologi OCR yang terdapat di dalam alat ini mampu untuk mengimbas perkataan dan menukarkannya serta menterjemahkan perkataan kepada teks.  Teknologi tersebut direka untuk golongan yang bermasalah penglihatan untuk membaca surat khabar, buku dan lain-lain. Prinsip yang sama seperti alat penterjemah bahasa digunakan dalam alat ini. Voice Stick ini boleh diperoleh di USA, Kanada, kawasan Barat Eropah dan lain-lain.



6.  Vibrating Bracelet for the Deaf.




Gelang ini direka oleh tiga orang pereka iaitu Kwang Seok Jeong, Min Hee Kim dan Hyun Jong Kim. Alat ini terdiri daripada dua cincin dan jam tangan. Kedua-dua cincin dipakai pada kedua-dua tangan. Ia direka untuk bertindak sebagai telinga dengan membantu mendengar bunyi yang datang daripada belakang, pada masa yang sama menentukan jarak dan kedudukan serta bergetar mengikut sumber. Jam tangan pula berfungsi sebagai mengumpul dan mengenalpasti gelombang bunyi dan menyampaikan maklumat kepada pengguna. Jam tangan juga diprogramkan untuk mendengar frasa yang spesifik seperti ‘Maafkan saya’ apabila nama pengguna dipanggil dan ia turut membantu orang yang pekak bergerak dengan lebih mudah dan normal. Melalui penggunaan alat ini, tiada siapa yang akan berfikir bahawa ia adalah alat untuk orang pekak kerana ia adalah sesuatu yang bergaya.


7.    DynaVox Maestro



Dynavox Maestro adalah merupakan satu peranti pertuturan yang membantu murid yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi supaya dapat membantu mereka untuk meluahkan perasaan. Ia berbentuk segi empat tepat yang mempunyai skrin sentuh dengan butang yang berbeza di mana ianya membolehkan pengguna menekan pada butang tersebut untuk memberitahu perkara yang ingin disampaikan. Hasilnya, peranti ini akan mengeluarkan frasa yang diingini oleh pengguna. Dynavox Maestro ini boleh disesuaikan dengan tahap keperluan dan kemampuan seseorang indivdu. Selain itu, mereka juga boleh mencipta sebuah fail berdasarkan kepada maklumat yang mereka gunakan pada setiap hari.



8.   VV Talker Speech Assistive Device for Vulnerable  Deaf Children





VV Talker adalah merupakan satu alat yang direka khas untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran. Alat elektronik ini membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah bertutur dengan berkesan. Kanak-kanak yang merasa sukar untuk belajar boleh menggunakan alat ini di mana ia membantu menjadikan proses pembelajaran lebih cepat dan tepat. Peranti ini berfungsi dalam menggabungkan pembelajaran bahasa kanak-kanak terhadap objek yang dipelajari, di mana ia menggalakkan kanak-kanak pekak untuk mengembangkan pengetauan mereka dan berkomunikasi  dengan lebih baik. Peranti ini mampu untuk meniru percakapan dan  membenarkan kanak-kanak pekak belajar melalui getaran pada bahagian badan apabila bercakap. Guru dan ibu bapa boleh menggunakan peranti ini dengan memuat turun pelbagai gambar rajah ke dalam peranti.


9. Phonak Roger Pen – discreet advanced listening




Phonak Roger Pen direka khusus untuk membantu kanak-kanak mendengar pengajaran guru di dalam kelas. Roger Pen adalah mikrofon mudah alih yang menghubungkan terus kepada alat bantuan pendengaran, sekali gus membenarkan suara penutur dengan didengari dengan lebih jelas dan dapat mengelakkan bunyi latar yang bising. Ia adalah nipis, reka bentuk yang sederhana dan kelihatan seperti pen supaya mudah untuk diletakkan di atas meja atau diklip pada baju.





10.Tongkat Mygo



Tongkat putih beroda ini direka oleh Sebastian Ritzler, seorang pelajar reka bentuk di Jerman. Mygo menggunakan `sensor-camera` untuk mengukur permukaan lantai di bawahnya da memberikan maklum balas kepada pengguna melalui fon kepada tanpa wayar. Roda yang berada di bahagian bawah tongkat ini berfungsi sebagai enjin stereng yang membantu pengguna berjalan melalui maklum balas terhadap genggaman. Tongkat ini boleh diubah suai mengikut keselesaan pengguna, tahan lasak dan kalis air. Ia menggunakan bateri lithium-ion yang mampu untuk bertahan selama 6 jam.

No comments:

Post a Comment