1. Top 5 Hearing Aid Devices.
5
alat bantu mendengar tersebut adalah Otofonix Elite Digital Hearing Amplifier
yang mempunyai 4 program untuk memori, 10 tahap kelantangan suara, bersaiz
kecil iaitu 1/3 saiz jari kelinking. Kedua, LifeEar Hearing Amplifier Air iaitu
senang untuk diguna, apabila berada di telinga ia hampir tidak dapat dilihat,
ringan dan kecil. Ketiga, NewEar TM Digital Ear Hearing Amplifier di mana ia
adalah senang untuk digunakan dan boleh mendengar bunyi dengan baik. Keempt,
CLEARON Digital Hearing Amplifier di mana ia bersaiz kecil dan hampir tidak
dapat dilihat serta kelima adalah Britzgo Hearing Amplifier BHA-220S di mana ia
mampu untuk mengurangkan bunyi bising melalui cip digital.
2. How Do Cochlear Implants Work?
Video
ini menerangkan mengenai cara koklea implan Synchrony dari MED-EL berfungsi untuk
membantu mengatasi masalah pendengaran. Synchrony adalah merupakan koklea implant
yang paling maju dari MED-EL dan menggabungkan teknologi implant koklea yang
eksklusif untuk memberikan pengalaman mendengar yang lebih baik. MED-EL adalah inovator
terkemuka dalam bidang koklea implan. Produk MED-EL yang eribu pejabat di
Austria telah membantu mereka yang mengalami masalah pendengaran lebih daripada
100 buah negara.
3. Finger Reader.
Video
ini menerangkan mengenai penggunaan Finger Reader kepada penggunanya. Pengguna
alat ini hanya perlu memakainya di jari dan kemudian diletakkan di buku yang
ingin dipilih. Jadi, ia akan mengeluarkan suara untuk memilih buku yang
diinginkan oleh pengguna. Apabila jari diletakkan di atas buku, ia akan
mengeluarkan suara dan pengguna boleh melihat teks di skrin yang dipaparkan
malah juga boleh menguatkan atau memperlahankan bunyi. Pengunaan alat ini tidak
hanya pada buku malah kepada tablet, telefon dan lain-lain.
4.Braille Notetaker - Assistive Technology for the Blind
Sebuah
video mengenai peranti Braille Notetaker yang digunakan oleh pelajar-pelajar
yang buta dan mengalami masalah dalam penglihatan di Sekolah Florida bagi Orang
Pekak dan Buta di St. Augustine, Florida. Peranti ini turut menyediakan papan
kekunci, input komunikasi yang lain seperti Bluetooth, USB dan lain-lain. Program
lain yang boleh digunakan adalah Pocket Word, Ecxel, Access, Internet Explorer,
emel Sotfware, Instant Messenger, translation software dan program lain seperti
kalendar, kalkulator dan maklumat kenalan. Ia merupakan sebuah peranti yang
mengandungi segala-galanya dalam satu unit.
5. Voice Stick
Video
yang mengisahkan mengenai alat yang dinamakan Voice Stick. Voice Stick ini
direka oleh Sungwoo Park yang membolehkan tulisan atau perkataan yang dibaca
diterjemahkan ke dalam bentuk teks. Ia boleh membaca apa sahaja seperti buku,
surat khabar dan juga emel. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menukarkan
perkataan dalam kehidupan seharian.
6. Apps for Autism
Video
ini memaparkan mengenai aplikasi yang memberi kesan yang baik kepada murid
Autisme dan murid berkeperluan khas yang lain. Ia merupakan aplikasi yang boleh
dimasukkan ke dalam telefon bimbit. Selain itu, ia juga bleh digunakan oleh
pihak sekolah seperti guru dan juga ibu bapa untuk membantu murid dan anak-anak
Autisme berkomunikasi dan sekaligus dapat menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik.
7. IBM People For Smarter Cities : Assistive Technology for the Blind
Video
ini memaparkan mengenai Blindspot iaitu satu produk inovasi yang bertujuan
untuk membantu dalam kehidupan seharian bagi mereka yang mengalami masalah
penglihatan dengan mengintegrasikan teknologi bantuan moden dalam sistem
navigasi tongkat tersebut. Ultrasonic sensor pada tongkat mampu untuk mengesan
objek yang berada di hadapan dengan mengeluarkan bunyi “beep” kepada pengguna. Di
samping itu, ia juga dapat memberikan maklumat kepada pengguna mengenai
keberadaan rakan-rakan mereka dengan mengikut arha tongkat.
8. Assistive Technology for Special Needs Students in K-12
Video
ini memaparkan mengenai 3 aplikasi yang membantu murid berkeperluan khas dengan
ketidakupayaan kognitif. Pertama, Word Processors yang membantu murid
mengunakan kemahiran menulis dan membaca, kedua adalah Personal FM Listening
Systems yang dapat membantu meningkatkan kemahiran menumpukan perhatian dan
kemahiran mendengar serta ketiga adalah Free-Form Database Software yang
membantu mengoranisasikan dan meningkatkan keupayaan ingatan murid.
9. iPads Used by Students With Special Needs
Video
ini memaparkan mengenai murid berkeperluan khas yang menggunakan iPad serta di
dalamnya terdapat aplikasi Proloquo2go untuk membantu murid-murid berkeperluan
khas ini berkomunikasi dengan guru mereka dan memberikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan kepada mereka. Ia memberi kelebihan bukan
sahaja kepada murid malah kepada guru.
10. Technology in Special Education Classroom
Video
ini memaparkan mengenai penggunaan teknologi dalam kelas Pendidikan Khas di
mana ia memberi kesan yang besar kepada murid-murid kerana pengajaran dan pembelajaran
adalah lebih senang dan menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment