Esei Kumpulan

WEB 2.0 KOMUNIKASI
Nama ahli kumpulan :
Siti Aishah binti Mohd Fauzi (A153204)
Elmi Wahyuni binti Manaf (A153373)
Nur Fatehah binti Zulkipeli (A154067)
Wan NurFazilah binti Wan Yaakob (A156155)

1.0       Definisi Web 2.0
Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula kandungan dan sebagainya.

Web 2.0 adalah merupakan pengganti atau inovasi kepada web 1.0 menurut Tims Berners Lee iaitu seorang pencipta web. Hal ini demikian kerana ia merupakan satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. perbezaan di antara web 1.0 dengan 2.0 adalah melalui penggunaan, fungsi dan hak milik pengguna. Web 2.0 merupakan ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0.Keadaan ini secara tidak langsung turut menjadikan pengguna sebagai pemilik kepada web 2.0 tersebut di samping menjadi pengunjung.

Web 2.0 mempunyai beberapa ciri seperti penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalanpengguna dan identiti. Kebiasaannya, semua aspek 2.0 adalah disebabkan oleh penyertaan pengguna.Hal ini berlaku ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web2.0 itu sendiri, contohnya adalah blog, jaringan sosial, imej dan memuat naik video. Perkara ini akan membenarkan isi kandungan atau maklumat yang dicipta dapat dikongsi dengan mudah dengan sesiapa sahaja. Bagi aspek keterbukaan pengguna, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana ia menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak syarikat boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Sifat web 2.0 yang mesra pengguna telah membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang dibina termasuklah memilih identiti untuk berinteraksi dengan orang lain di alam maya dan rangkaian sosial yang lain.  Di samping itu, pengguna juga boleh memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi yang dijalankan.

2.0       Ciri-ciri web 2.0
Menurut Tim O`Reilly (2005), ciri pertama yang menggambarkan web 2.0 adalah web sebagai platform.Platform bagi tujuan ini dimaksudkan sebagai tempat sesuatu aplikasi dijalankan.Salah satu platform yang terkenal adalah Windows di mana aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop digunakan.Penggunaan internet sebagai platform bermaksud aplikasi tersebut dijalankan secara langsung dalam talian dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu.Contohnya  seperti Google di mana ia boleh diakses melalui mana-mana sistem operasi seperti di telefon pintar, laptop dan lain-lain. Kelebihan aplikasi web 2.0 ini adalah penggunaannya yang tidak lagi terbatas kepada satu sistem operasi sahaja.Malah, kita tidak perlu untuk memasukkan apa-apa sistem semasa ingin menggunakannya.

Ciri kedua web 2.0 adalah gabungan maklumat dan pengetahuan.Aplikasi web 2.0 telah memanfaatkan maklumat daripada banyak pihak secara kolektif. Hasil daripada gabungan pengetahuan daripada pelbagai pihak tersebut akan menghasilkan satu ruangan pengetahuan yang sangat besar. Contohnya adalah Wikipedia.Wikipedia adalah merupakan ensiklopedia atas talian yang membolehkan semua orang mengakses maklumat melalui artikel yang dipaparkan.Maklumat tersebut pula boleh diedit. Hasilnya, sebuah ensiklopedia atas talian yang besar akan menghasilkan sebuah artikel yang lengkap. Contoh yang lain selain Wikipedia adalah del.icio.us, iaitu paparan di mana semua orang akan memaparkan pautan-pautan yang menarik yang ditemui di internet. Hasilnya, kita dapat melihat pelbagai bahan yang menarik hasil daripada gabungan oleh ribuan orang. Jaringan ini boleh diibaratkan seperti sel-sel otak yang saling berhubung di antara satu sama lain didalam otak manusia.

Ciri ketiga web 2.0 komunikasi adalah kekuatan data. Kekuatan web 2.0 adalah terletak pada data. Aplikasi internet adalah disokong oleh asas data yang kuat yang unik. Contohnya seperti aplikasi carian web Google, kekuatannya terletak pada pengumpulan dan peengurusan data bagi laman-laman web di internet.  Contoh lain yang boleh dilihat adalah Amazon.com di mana ia merupakan sebuah laman yang memiliki data buku yang bukan hanya lengkap, tetapi dilengkapi juga dengan aplikasi seperti review, kadar pengguna, pautan ke buku-buku dan lain-lain.

Ciri keempat web 2.0 komunikasi ialah kitaran kemaskini perisian.Google seringkali dikemaskini data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu yang tertentu.Ia tidak seperti aplikasi Windows yang dikemaskini atau dinaik taraf pada setiap dua atau tiga tahun sekali seperti Microsoft Office versi 97, 2000, XP dan lain-lain.

Ciri kelima web 2.0 komunikasi ialah model aturcara yang mudah.Aplikasi web 2.0 menggunakan teknik-teknik model aturcara yang mudah seperti AJAX dan RSS. Ia membolehkan orang lain untuk menggunakan semula layanan suatu aplikasi web 2.0 dengan membentuk layanan baru.  Contohnya adalah seperti Google Maps di mana ia adalah aplikasi yang mudah diakses dan dapat digunakan oleh orang lain untuk membentuk layanan yang baru seperti mencari maklumat yang baru untuk ke satu lokasi yang diingini. Hasilnya adalah seperti HousingMaps yang mampu menggabungkan aplikasi Google Maps dan Craigslist.

Ciri keenam web 2.0 bagi komunikasi ialah integrasi perisian melalui pelbagai alat (Devices).
Aplikasi web 2.0 mampu berintegrasi melalui pelbagai alat.Ia bukan hanya terbatas kepada platform komputer sahaja. Contohnya, iTunes dan TiVo.iTunes dari Apple dapat berntegrasi dari talian internet (dalam bentuk muzik online) ke komputer pengguna (dalam bentuk program iTunes) hinggalah kepada mobile device (dalam bentuk iPod)

Seterusnya, ciri web 2.0 bagi komunikasi yang ketujuh ialah Rich User Experience yang mana aplikasi web 2.0 mempunyai ramai pengguna walaupun hanya beroperasi di dalam browser.Teknologi seperti AJAX membolehkan aplikasi seperti Internet mempunyai waktu untuk bertindak balas dengan cepat.Contohnya adalah seperti Yahoo Mail dan Gmail.Aplikasi emel ini mempunyai antara muka pengguna yang hebat.Aplikasi yang pelbagai seperti Instant Messaging membolehkan pengguna berinteraksi melaluinya.

Aplikasi 2.0 tidak semestinya akan memaparkan kesemua ciri-ciri di atas. Namun, jika sesuatu aplikasi mempunyai banyak ciri yang dinyatakan seperti di atas, maka semakin hebat aplikasi web 2.0 itu. Google telah menyenaraikan banyak aplikasi web 2.0 yang lain namun sebenarnya masih banyak aplikasi web 2.0. Google kini telah mendapat tempat yang teratas dalam aplikasi web 2.0. pada September 2008, Google telah menghasilkan versi beta bagi web browser iaitu Google Chrome. Google Chrome dihasilkan untuk memperbaiki tahap kelajuan, keselamatan dan kestabilan browser. Menurut Net Application, Google Chrome telah mendapat tempat ketiga bagi penggunaan web browser yang paling tinggi pada Februari 2010.

3.0       Aplikasi Web 2.0 dalam Komunikasi
Kemunculan Web 2.0 serta kemajuan alat telekomunikasi seperti jalur lebar (broadband) dan Wifi sebagai perantaraan untuk berkomunikasi merupakan transformasi kepada aplikasi yang lebih interaktif. Berbanding penggunaan aplikasi Web 1.0 yang amat terhad, aplikasi Web 2.0 menyediakan platform kepada pengguna untuk berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi antara  satu sama lain. Penjanaan serta perkongsian maklumat antara satu sama lain. Penjanaan serta perkongsian maklumat antara pengguna membantu mengembangkan maklumat serta menjadi pusat ilmu secara tidak formal.Aplikasi Web 2.0 bagi komunikasi terdiri daripada bahagian, antaranya ialah emel, media sosial, pesanan segera, teks mesej, anjuran blog, perkongsian video, pemprosesan perkataan dan sebagainya.

Aplikasi Web 2.0 yang pertama ialah emel.Emel terdiri daripada beberapa aplikasi yang khusus iaitu gmail yang merupakan perkhidmatan emel berasaskan Web percuma.Ia juga menyediakan pengguna gigabait (GB) simpanan untuk mesej dan menyediakan keupayaan untuk mencari mesej tertentu. Seterusnya, Yahoo Mail yang mempunyai megabait (MB) had saiz mesej. Ia berkeupayaan untuk menghantar mesej daripada Yahoo.Hotmail pula salah satu perkhidmatan emel percuma dalam talian yang paling popular yang disedaikan oleh Microsoft.Hot Mail adalah perkhidmatan dan pengguna boleh mengaksesnya dari pelayar Web mana-mana sahaja di dunia.

Aplikasi Web 2.0 yang kedua ialah media sosial.Antara contoh media sosial ialah Facebook, Twitter dan Skype.Facebook adalah sebuah laman web perangkaian sosial popular secara percuma yang membolehkan pengguna berdaftar untuk membuat profil, memuat naik foto dan video, penghantar mesej dan terus berhubung dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja.Facebook boleh didapati dalam 37 bahasa yang mempunyai ciri-ciri umum seperti membolehkan ahli untuk menghantar, membaca, dan membalas mesej.Ia juga membolehkan ahli untuk menghebahkan acara menjemput tetamu dan membantu mencari rakan untuk berinteraksi.Twitter pula adalah merupakan berita dalam talian dan perkhidmatan rangkaian sosial di mana pengguna menyiarkan dan berinteraksi dengan mesej “tweet’ yang terhad kepada 140 perkataan sahaja. Pengguna berdaftar boleh menghantar tweet tapi orang yang tidakmendaftar hanya boleh membacanya.Manakala, Skype adalah aplikasi mesej segera yang menyediakan talian mesej teks dan perkhidamatan sembang video (video chat).Pengguna boleh menghantar kedua-dua mesej teks dan video serta boleh bertukar-tukar dokumen digital seperti imej, teks, dan video.Sykpe juga membolehkan persidangan video.

Aplikasi Web 2.0 yang ketiga ialah pesanan segera. Antara contoh pesanan segera ialahGoogle Talk, dan Yahoo Messeger. Google Talk juga dikenali sebagai Google Chat ia merupakan satu perkhidmatan pesanan segera. Ia menyediakan kedua-dua komunikasi teks dan suara sahaja.Yahoo Messenger atau sering dikenali sebagai “YM” merupakan program pengirim pesanan atau mesej secara langsung yang disediakan oleh Yahoo.Ia juga menyediakan ruang sembang untuk bertemu rakan yang lain diatas talian.

        Aplikasi Web 2.0 yang keempat ialah teks mesej.Contoh teks mesej ialah SMS, SMS bermaksud pesanan ringkas dan juga biasanya dirujuk sebagai mesej teks.Ia boleh menghantar mesej sehingga 160 patah perkataan kepada peranti lain. Mesej yang lebih panjang secara automatik akan berpecah kepada beberapa bahagian. Kebanyakkan telefon bimbit menggunakan mesej teks ini.

Aplikasi Web 2.0 yang kelima ialah anjuran blog (Blog Prompts).Contoh anjuran blog ialah Wordpress dan Blogger.Word Press adalah sumber terbuka dan alat penciptaan laman web dalam talian yang ditulis dalam PHP.Ia juga aplikasi sumber terbuka yang sangat popular sebagai mesin blog.Blog adalah bentuk aplikasi Web yang dapat diakses secara atas talian.Ia mempunyai fungsi utama iaitu memuat tulisan-tulisan dan gambar pada setiap laman Web (dimuat dalam bentuk posting).

Aplikasi seterusnya yang terdapat di dalam Web 2.0 adalah perkongsian video.Contoh aplikasi perkongsian video ialah youtube.Youtube adalah laman media yang paling popular pada hari ini.Ia direka untuk berkongsi video dan menonton. Pengguna boleh mendaftar dengan membuat akaun di laman Web tersebut yang membolehkan mereka untuk memuat naik video yang boleh ditonton oleh sesiapa sahaja.

Aplikasi Web 2.0 yang terakhir adalah Google Docs dan Whiteboard.com Free di daam kategori pemprosesan perkataan (Word Processor).Google Docsadalah aplikasi berasaskan Web percuma di mana dokumen dan hamparan  (spredsheets) boleh dicipta, disunting dan disimpan dalam talian. Fail yang disimpan boleh diakses dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet.Whiteboard.com Free pula boleh diguna secara percuma dan agak popular dengan pendidik.

4.0  Cara untuk mengaplikasikan web 2.0 komunikasi dalam Pendidikan Khas
Salah satu cara untuk mengaplikasikan web 2.0 komunikasi dalam Pendidikan Khas adalah melalui penggunaan aplikasi Youtube sebagai penyampaian isi pengajaran guru.Web 2.0 komunikasi Youtube membekalkan maklumat tambahan yang boleh digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Secara tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan perhatian pelajar seperti pelajar Autisme kerana pelajar Autisme sememanganya lebih tertarik dengan gajet .Melalui penggunaan gajet, secara tidak langsung guru boleh menggunakan Youtube untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran kepada murid contohnya menunjukkan pengiraan nombor dan mengenali haiwan. Oleh itu, ia dapat membantu guru mempelbagaikan teknik penyampaian supaya pengajaran itu dapat menarik pelajar. Web 2.0 seperti Youtube membantu guru untuk mengawal tingkah laku pelajar khususnya seperti pelajar Autisme yang sering bertingkah laku tantrum di dalam kelas. Oleh itu, guru boleh mengaplikasikan web 2.0 dengan memperdengarkan alunan  muzik dan animasi-animasi yang menenangkan.
Facebook sebagai medium penyampaian pengajaran. Guru menggunakan pembelajaran secara bersemuka (live). Contohnya, guru boleh mengaplikasikan kaedah ini walaupun tidak berada di persekitaran bilik darjah.Secara tidak langsung, murid boleh mengakses kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru di Facebook melalui live.

5.0       Kelebihan dan kekurangan web 2.0
Web 2.0 mempunyai kemudahan untuk berkomunikasi kerana web ini menyediakan komunikasi secara serentak melalui ruang sembang seperti Facebook, Twitter, Gmail, Yahoo Messenger dan lain-lain. Kemudahan ini memudahkan interaksi secara dua hala walaupun berada di lokasi dan masa yang berbeza. Malah, ia juga memudahkan perbincangan dan perkongsian maklumat dilakukan apabila mempunyai masalah atau kekeliruan yang dihadapi.

Seterusnya, web 2.0 ini membantu pengguna mendapat, mencari dan menerima maklumat dengan lebih mudah dan cepat.Maklumat-maklumat ini boleh disebarkan, dikongsi dan diperoleh melalui laman web yang boleh diakses oleh semua pengguna. Hal ini akan menggalakkan perkongisan ilmu sesama pengguna. Keupayaan untuk mencipta laman web seperti Wikipedia dan blog membolehkan pengguna untuk membuat manipulasi kepada maklumat yang dipaparkan, membuat analisis, membekalkan maklumat tambahan dan seterusnya menyebarkan kepada orang lain.

Bukan itu sahaja, web 2.0 juga membantu dalam bidang pendidikan terutamanya kepada guru dan pelajar untuk penggunaan seperti laman sosial menyokong proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menarik. Sebagai contoh, laman sosial Facebook berfungsi sebagai medium untuk perbincangan dan perkongsian bahan bantu mengajar. Youtube sebagai medium untuk membantu guru mempersembahkan dan berkongsi video pengajaran yang menarik dan Twitter membantu dalam perbincangan forum dan penyampaian maklumat. Oleh itu, melalui teknologi web 2.0, ia akan menjadikan suatu pembelajaran itu lebih bermakna.

Kelemahan web 2.0 boleh dilihat menerusi pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa web 2.0 lebih menekankan kepada jalinan sosial antara pengguna seperti yang telah kita lihat contohnya di dalam blog.Kebanyakan maklumat yang diberikan atau dipaparkan di dalam blog agak sukar untuk dipercayai kerana penggunaan blog ini lebih kepada memberikan pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara.Kita haruslah berhati-hati dalam memilihymaklumat yang disampaikan bagi mengelakkan mendapat maklumat yang tidak sahih.

         Selain itu, kekurangan web 2.0 juga adalah memerlukan capaian internet untuk melayarinya. Hal ini akan menjadi masalah kepada pengguna yang berada di kawasan pedalaman. Perkara ini akan menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk melakukan kerja dan mencari maklumat yang diperlukan terutamanya bagi pelajar yang menggunakan web 2.0 ini sebagai salah satu platform di dalam melakukan tugasan atau perbincangan.

Seterusnya, aplikasi web 2.0 juga sering dikemaskini sehingga menyukarkan pengguna untuk menggunakannya. Pencerobohan akaun juga mudah untuk berlaku dan menyebabkan maklumat-maklumat peribadi dapat diketahui oleh pengguna-pengguna lain. Masalah ini adalah serius kerana ia melibatkan maklumat peribadi pengguna tersebut di mana ia secara tidak langsung boleh menyebabkan pengguna berada dalam keadaan tidak selamat.

 Kesimpulan
Teknologi web 2.0 sememangnya tidak dapat dinafikan lagi amat penting kepada dunia sekarang iaitu seiring dengan perkembangan dunia yang semakin pesat membangun.Kami yakin manusia kini masih lagi berada pada takuk pemikiran yang lama sekiranya web 2.0 ini tidak digunakan.Segala perhubungan atau komunikasi juga akan menjadi lebih sukar. Menurut pandangan kami sendiri, penggunaan web 2.0 ini sememangnya memberikan banyak manfaat dalam semua bidang termasuk bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana penggunaan web 2.0 membantu meringankan  segala tugas harian. Pada pandangan kami sendiri, teknologi web 2.0 banyak menguntungkan pelbagai pihak termasuklah dalam bidang pendidikan.Hal ini kerana, penggunaan web 2.0 dapat membantu meringankan segala tugasan harian kita.

Tidak dapat dinafikan juga, kewujudan teknologi web 2.0 ini turut memberi kesan buruk seperti peningkatan gejala sosial akibat dari penyebaran maklumat yang tidak bermoral melalui rangkaian sosial hasil cetusan teknologi web ini. Hal ini memberikan gambaran dan kesan buruk terhadap seseorang individu, masyarakat, dan negara kita.Walaubagaimanapun, kami yakin bahawa kesan buruk yang tersebar akibat daripada perkembangan teknologi web 2.0 ini dapat dibendung sekiranya individu, masyarakat dan negara sendiri mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam penggunaan teknologi web 2.0 ini. Sikap positif seseorang akan mendorong perkembangan teknologi ini pada masa akan datang.

Sejurus dengan bidang pendidikan juga, golongan ini seperti guru, pensyarah malah pelajar itu sendiri seharusnya memanfaatkan kemudahan teknologi ini agar masyarakat akan datang lebih pandai dalam penggunaan teknologi ict. Pelbagai kaedah dapat dilakukan untuk melahirkan pelajar- pelajar yang celik tentang IT, salah satu cara adalah dengan memastikan kerja-kerja yang dilakukan lebih menjurus kepada penggunaan komputer dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, tenaga pengajar terlebih dahulu mesti mempunyai ilmu berkaitan teknologi ini. Saya berharap, segala cadangan dan teknik-teknik untuk memperkembangkan penggunaan teknologi yang dijalankan di luar negara dapat di praktikkan di negara Malaysia.


2 comments:

  1. maklumat yang lengkap dan mudah difahami

    ReplyDelete
  2. Sangat berinformasi. Mohon saya copy paste

    ReplyDelete